Sunday 8 February 2015

PERMOHONAN PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN 2015.


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP).

1.KETERANGAN PROGRAM   

1.1 Nama Program: Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP)
1.1.1 Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.
1.1.2 Calon dikehendaki mengikuti PPISMP selama dua belas (12) bulan/dua (2) semester di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
1.1.3 Calon yang LULUS Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan DITAWARKAN mengikuti pengajian Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)selama empat (4) tahun/lapan (8) semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
1.1.4 PPISMP dan PISMP dijalankan menggunakan Mod Sepenuh Masa.




No comments:

Post a Comment