Wednesday 15 April 2015

SEMAKAN TAWARAN KEMASUKAN KE TINGKATAN 6 SESI 2015/2016



Assalamualaikum.
Salam Muafakat Johor. 

Semakan keputusan tawaran ke Tingkatan Enam / Form 6 sesi 2015/2016 

Sekolah Menengah Bantuan Penuh Kerajaan boleh dibuat mulai jam 12.01 pagi 15 April 2015 sehingga 11.59 malam 5 Jun 2015 jam secara online dan SMS.


Semak Tawaran Tingkatan 6 Secara Online

Semakan tawaran kemasukan secara online boleh dibuat melalui portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), di laman aplikasi semakan di pautan berikut:

(akan diaktifkan bermula 15 April 2015)


Semak Tawaran Tingkatan 6 Melalui SMS

Perkhidmatan mySMS untuk semakan status tawaran tingkatan 6 akan diaktifkan bermula 12:01 pagi 15 April dan berakhir pada 11:59 malam 5 Jun  2015.

Berikut adalah cara membuat semakan tawaran tingkatan enam melalui SMS:
  1. Taipkan:
    MOE<jarak>T6<jarak>[No KP atau Angka Giliran]
    Contoh: MOE  T6  970325035243
  2. Hantarkan SMS ke 15888

Bagi calon yang berjaya dan bersetuju dengan tawaran, surat tawaran mesti dicetak segera dan dibawa semasa hari pendaftaran di sekolah, pada 5 Mei 2015.


Rayuan Form 6 Kemasukan Tahun 2015

Calon yang tidak berjaya boleh membuat rayuan (secara online) melalui laman web yang sama.


Friday 3 April 2015

Kuiz Bulan Anti Dadah 2015

Assalamualaikum.
Salam Sejahtera.
Salam Muafakat Johor.

Pada Khamis, 2 April 2015, Rakan Anti Dadah SKOMAS (RADAS) telah berjaya mengadakan kuiz bersempena Bulan Anti-Dadah.

Ceramah disampaikan oleh Adik Izzuani dan dibantu dengan rakan-rakan yang lain berjaya mencuri perhatian para pelajar.
Soalan-soalan yang diajukan mendapat perhatian ramai lebih-lebih lagi dengan hadiah yang disediakan.