Wednesday 31 December 2014

Selamat Tinggal 2014.

2014...
Kehadiran mu dinanti penuh debaran...
Kedatangan mu disambut penuh kemeriahan...
Mengharap sinar, harapan dan senyuman...

Namun siapa sangka...
KAU menduga, KAU menguji kami penuh cabaran...

Mac 2014...
Perginya MH370 tanpa berita...
Perginya penuh tanda tanya...
Perginya tanpa meninggalkan secebis jejak...

Feb - Apr 2014...
Empangan kami kering...
Alam tidak sudi memberi kami air...
Catuan air sehingga berbulan-bulan lamanya...
Mengajar kami untuk tidak membazir...

Tidak cukup dengan itu...
Alam seolah-olah memarahi kami...
Jerebu menduga kami...
Seksanya hidup menyedut udara kotor...
Mungkin dari kesilapan kami sendiri...

Julai 2014
Ketika umat Islam menikmati ibadah puasa...
Dan kemeriahan Aidilfitri kian dirasa...
Hati kami bagai direntap...
Perginya MH17 tidak kembali...
Kami terduduk...
Menangisi dan meratapi perginya MH17...
Seolah-olah orang tersayang berada di sana...

Satu persatu KAU bongkarkan...
Kerana hilangnya sifat amanah si dewasa, si anak menjadi mangsa...
Kebocoran soalan UPSR...
Cukup menjatuhkan sifat mulia seorang dewasa...

Disember 2014...
Kami menangisi setiap gambar yang kami tatapi...
Air yang membawa kemusnahan...
Meruntun hati kami...
Namun kami tahu...
Ada ganjaran disebalik air kemusnahan itu...

Kini...
Saudara kami QZ8501 menghilangkan diri...
Membuat kami ternanti...
Membuat kami meratapi kembali MH370 dan MH17...

Betapa KAU sayangkan kami...
KAU hantarkan petandaMU...
KAU hantarkan petunjukMU...
KAU hantarkan ujianMU...
Supaya kami mengigatiMU...
Supaya kami tidak lupakanMU...

Mungkin selama ini telah KAU hantarkan petandaMU kepada kami...
Namun...
Tetap jua kami buta...
Buta dalam menilai cinta agungMU...

Kami alpa kepadaMU...
Kami jauh dariMU...
Kami kejam dengan bumi...
Kami abaikan saudara kami...
Kami pentingkan diri!
Kerana merasai dunia ini hak kami...

2015...
Kembalikanlah sinar, harapan dan senyuman kami...
Bawalah air mata mu 2014...
Pergilah bersama deritamu 2014...
Bersihkanlah kesan hitammu 2014...
Kami pasrah...
Kami redha...

Tuhan...
Terima kasih atas kasih sayangMU...

MH370... Kami masih menantimu...
MH17... Kami harap kamu tenang di sana...
Buat mangsa banjir...
Tabahkanlah dirimu...
Kuatkanlah hatimu...

Buat semua pengajaranmu, terima kasih 2014...

Bersamalah kita ambil iktibar atas semua yang berlaku... 

Sunday 17 August 2014

TIPS BELAJAR BERKESAN


ASSALAMUALAIKUM.

Disini cikgu ada selitkan sedikit TIPS BELAJAR BERKESAN. 



1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan dan kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
  
2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:

-Kita ingat 10% apa yang dibaca         
- Kita ingat 20% apa yang didengar
- Kita ingat 50% apa yang didengar dan dilihat 
- Kita ingat 70% apa yang dicakapkan   
- Kita ingat 90% setelah dipraktikkan

3. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-Quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.  

4. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulangkaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).  Ulangkaji sekerap  mungkin.

5. Manfaatkan kemahiran mengingat:

- Tampal nota-nota penting di dinding - Gunakan kaedah akronim
- Tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
- Reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat

6. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham  

7. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya. Tampal maklumat yang rumit di tempat yang biasa dilihat.

8. Cekap mengatur jadual belajar: Mempunyai jadual belajar, Patuh kepada jadual, Buat jadual yang boleh diikuti

9. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh dan malas.  

10. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih atau mengantuk.

11. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas Berjaya belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan atau sesuatu yang menghiburkan hati.

12. Buat Persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru. Untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.

13. Berbuat baik kepada guru. Sentiasa menghormati dan menyayangi guru.

14. Baca doa tanda kesyukuran selepas belajar               

Sunday 13 July 2014

Permohonan Program Matrikulasi Sesi 2014/ 2015 KPM Online

Assalamulaikum & Salam 1 Malaysia.

Permohonan Program Matrikulasi sesi 2014/ 2015 KPM secara online. Menerusi makluman rasmi dari Kementerian Pendidikan Malaysia, sukacita dimaklumkan bahawa permohonan ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia sesi 2014/2015 telah dibuka mulai 1 Julai 2013 sehingga 10 Oktober 2013.
matrikulasi 2014/ 2015


Sumber: Permohonan Program Matrikulasi Sesi 2014/ 2015 KPM Online | melvister.com 


Program Yang Ditawarkan Matrikulasi Sesi 2014/ 2015
  • Program Matrikulasi Satu Tahun
  • Program Matrikulasi Dua Tahun
Cara Permohonan Online Matrikulasi 2014/ 2015 Online
permohonan
Untuk membuat permohonan sila layari http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/permohonan/
Nota Penting: Anda mestilah membeli nombor PIN unik ID di BSN sebelum membuat permohonan online.
Contoh Resit Pembelian Nombor PIN BSN
Harga Nombor PIN: RM6
resit


Sumber: Permohonan Program Matrikulasi Sesi 2014/ 2015 KPM Online | melvister.com 


Syarat Kelayakan Minimum

Pemohon mestilah pelajar bumiputera warganegara Malaysia yang berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2014 dan menghantar borang permohonan sebelum atau pada 10 Oktober 2013.
a)     Syarat kelayakan minimum bagi mengikuti Program Matrikulasi ialah seperti berikut :
      Jurusan Sains (M001)

1.   C    Bahasa Melayu
2.   C    Bahasa Inggeris
3.   B    Matematik
4.   C    Matematik Tambahan
5.   C    Kimia
6.   C dalam satu(1) mata pelajaran daripada berikut :
  •     Fizik
  •     Biologi
    Jurusan Perakaunan (M003)

1.  C     Bahasa Melayu
2.  C     Bahasa Inggeris
3.  C     Matematik
4.  C dalam dua (2) mata pelajaran daripada berikut :
  •     Prinsip Perakaunan
  •     Ekonomi Asas
  •     Keusahawanan
  •     Perdagangan
  •     Sains Tambahan
  •     Fizik
  •     Kimia
  •     Biologi
  •     Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan/ Lukisan Kejuruteraan
    5.  E     Matematik Tambahan

Aliran Teknikal (M007)
1.  C     Bahasa Melayu
2.  C     Bahasa Inggeris
3.   B    Matematik
4.   C    Matematik Tambahan
5.   C    Fizik
6.  C dalam satu (1) mata pelajaran daripada berikut :
  •     Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik atau Teknologi Kejuruteraan
7.   E   Kimia

8.   B    Lukisan Kejuruteraan

Tarikh Tutup Permohonan
Tarikh tutup ialah pada 10 Oktober 2013. Permohonan calon yang tidak layak / maklumat tidak tepat / tidak lengkap dan lewat daripada tarikh tutup tidak akan diproses.

Kemaskini Permohonan
Pelajar boleh membuat semakan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu www.moe.gov.my pada awal atau pertengahan bulan Februari 2014 untuk membuat pembetulan maklumat yang dibenarkan sekiranya perlu.

Semakan Keputusan Permohonan
Pelajar boleh membuat semakan keputusan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu www.moe.gov.my pada awal atau pertengahan bulan April 2014 untuk mengetahui status permohonan.

Surat Tawaran dan Pendaftaran
Pelajar perlu mencetak sendiri surat tawaran dan membawa bersama semasa calon mendaftar di kolej-kolej matrikulasi pada tarikh ditetapkan. Pelajar boleh mendapat keterangan lanjut dengan menghubungi kolej yang ditetapkan.

Rayuan
Bagi pemohon yang tidak berjaya boleh membuat rayuan yang dibuka selama dua (2) minggu bermula dari tarikh pengumuman keputusan permohonan.

Maklumat Lanjut


Sumber: Permohonan Program Matrikulasi Sesi 2014/ 2015 KPM Online | melvister.com 

Monday 23 June 2014

16 Kerjaya Dengan Pendapatan Tinggi Tanpa Perlu Ijazah Universiti di Malaysia.

ASSALAMUALAIKUM.

Di Malaysia, untuk bekerja di mana-mana agensi swasta atau kerajaan, perlu diingat bahawa kelulusan minima yang perlu kita ada ialah SPM (Sijil Pelajaran Malaysia). Bukan itu sahaja tetapi pelajar juga harus aktif dalam ko-kurikulum dan mendapat komen positif dalam sijil berhenti sekolah.

Ini adalah penting, walaupun seseorang itu tidak berminat, berkemampuan atau layak untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading, perkara yang disebutkan tadi mestilah ada untuk rujukan bakal majikan. Ini perlu difahami dan senario ini mungkin berbeza dengan negara-negara lain.

Berikut adalah 16 kerjaya yang yang boleh memberi pulangan yang lumayan kepada yang berminat, walaupun anda tidak mempunyai ijazah dari universiti.

1. Juruterbang
Kerjaya ini memerlukan modal yang besar kerana kursus yang ditawarkan sebelum anda menjadi seorang juruterbang bertauliah boleh sampai ke ratusan ribu ringgit. Walaubagaimana pun, gaji yang bakal anda terima juga amat lumayan sekali. Terdapat beberapa akademi yang menyediakan kursus Commercial Pilot Licence, seperti Malaysian Flying Academy yang terletak di Melaka.

2. Penasihat Kewangan
Juga dikenali sebagai ‘wealth advisor’ merupakan individu yang mengurus dan memberi khidmat nasihat terhadap pelaburan kewangan anda, sebagai contoh dalam unit amanah. Semua bank dan institusi kewangan ada menawarkan banyak pilihan kepada pengguna untuk melaburkan wang mereka.

3. Agen Insuran
Cara untuk menjadi ejen insuran ialah pemohon perlu lulus ujian berkaitan.

4. Agen Hartanah
Menjadi ejen hartanah juga boleh mendatangkan pulangan dan kepuasan yang besar kepada sesiapa yang berminat.

Bagi mereka yang berminat untuk bekerja di dalam bidang ‘oil and gas’ seperti di Petronas, MMHE, Schlumberger, Talisman Energy, untuk menjadi tenaga kerja pakar dan berkelajayakkan, anda perlu menduduki sijil-sijil profesional yang ditawarkan oleh CSWIP, sebuah badan antarabangsa yang menjalankan kursus dan mengeluarkan sijil profesional yang diiktiraf seluruh dunia. Ia merupakan badan antarabangsa dan mereka ada melantik wakil tempatan untuk menjalankan kursus di Malaysia

Kebaikan sijil yang dikeluarkan CSWIP ialah ia diiktiraf diperingkat antarabangsa dan bukan sahaja di Malaysia. Antara sijil, dan seterusnya kerjaya yang anda boleh ceburi ialah;

5. Welding Inspector
6. Welding QC Co-ordinator
7. Plant Inspector
8. Offshore Inspection
9. Non-destructive Testing
10. Plastics Welders
11. Welder (ini juga terdapat pelbagai-bagai pengkhususan)

Satu lagi badan yang banyak menawarkan sijil-sijil profesional ialah NIOSH atau National Institute Of Safety and Health (Malaysia).

12. Safety & Health Officer
Bidang tugas ialah untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja di sesuatu premis pekerjaan / organisasi itu mengikut standard NIOSH.

13. Rig Operator / Operator pelantar minyak
Pekerja am yang membantu kerja-kerja di atas pelantar minyak. Kebanyakkan latihan diperolehi dari masa ke semasa semasa menjalankan tugas.

Kepada calon yang mempunyai kebolehan dalam bidang elektrikal, mereka bolehlah mengambil kursus berikut di Institut Latihan Perindustrian (ILP) yang berdekatan.

14. Wireman
Untuk melaksanakan pemasangan elektrik dan pengujian di tapak. Wireman ini juga mempunyai pelbagai peringkat membolehkan mereka mengendalikan litar satu fasa atau tiga fasa untuk kawasan kediaman atau komersil.

15. Chargeman
Mengendalikan sistem elektrikal Voltan Melebihi Voltan Rendah ( Tanpa Talian Aerial dan Stesen Janakuasa Voltan Melebihi Voltan Rendah)

16. RoHS officer
RoHS atau Restriction of Hazardous Substances Directive adalah satu arahan untuk menyekat penggunaan daripada bahan-bahan berbahaya tertentu dalam peralatan elektrik dan elektronik. Sejak tahun 2003 negara-negara barad dan Eropah telah melarang dan menghadkan kandungan barang kimia terlarang dan merbahaya dalam komponen-komponen barangan tertentu. Di Malaysia, banyak syarikat pembuatan antarabangsa memerlukan pegawai RoHS untuk memeriksa dan mengesahkan barangan mereka memenuhi standard RoHS.

Terdapat banyak agensi yang menyediakan kursus pensijilan kepada mereka yang berminat untuk menjadi pegawai RoHS.

Berikut adalah serba sedikit kerjaya yang terdapat di Malaysia yang tidak memerlukan ijazah universiti. Yang penting semua kerja yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan memerlukan sijil dan kursus yang khas dan diiktiraf.

Kepada pelajar yang mempunyai keputusan SPM yang tidak begitu cemerlang, jangan takut. Banyak jenis pekerjaan yang boleh anda ceburi. Apa yang anda perlu ada ialah usaha dan semanggat yang tinggi untuk berjaya.

Jadi, yang mana satu pilihan anda??


Sunday 25 May 2014

Kelebihan masuk IPTA, STPM atau MATRIKULASI.

ASSALAMUALAIKUM & SALAM 1MALAYSIA.

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia telah pun diketahui, calon-calon lepasan SPM mesti masih tercari-cari ke mana hala tuju seterusnya untuk melanjutkan pelajaran terutama dalam institusi milik kerajaan. Adakah ingin sambung pelajaran diIPTA, Matrikulasi atau pun ke Tingkatan 6. Bagi yang masih tercari-cari itu di sini dikongsikan beberapa perbezaan dan kelebihan masuk IPTA, Matrikulasi dan Tingkatan 6 yang sepenuhnya milik kerajaan.

Kelebihan masuk Tingkatan 6

Kebiasaanya pilihan ke Tingkatan 6 merupakan pilihan yang terakhir di buat oleh calon lepasan SPM kerana beranggapan Tingkatan 6 tidak begitu popular dan tidak mahu terikat dengan persekolahan lagi. Tapi sebenarnya ramai masih tidak mengerti kelebihan masuk Tingkatan 6 ini. Antara kelebihan masuk Tingkatan 6 adalah seperti berikut.
1. Sijil STPM diiktiraf untuk bekerja di syarikat swasta mahupun kerajaan di mana calon mestilah mendapat 4 prinsipal atau 3 prinsipal 2 subsid mana-mana yang terpakai berdasarkan prinsipal terendah.
2. Sijil STPM diiktiraf untuk kemasukan ke seluruh universiti di serata dunia.
3. Pointer STPM dikira berdasarkan percampuran kesemua pointer subjek kemudian dibahagi dengan 4 sahaja.
4. Mudah ke universiti dengan pointer STPM yang tak tinggi berbanding kursus matrikulasi, pra-u lain, diploma dan sebagainya kerana taraf akademiknya sangat hampir dengan universiti. Pointer 3.00 ke atas dah dikira tinggi untuk ke universiti.
5. Apabila melangkah ke Tingkatan 6 atau PRA-U, biasanya dikatakan sebelah kaki sudah berada di IPTA. :)

Kelebihan masuk Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia

Matrikulasi antara tempat popular yang dipohon calon lepasan SPM untuk melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi. Program Matrikulasi atau prauniversiti ini mengambil masa dua (2) semester. Kurikulum program ini memberi penekanan terhadap aspek akademik dan tidak mengabaikan aspek kokurikulum dan mempunyai 3 jurusan iaitu Sains, Perakaunan dan Teknikal. Sukatan pelajaran program matrikulasi lebih bersifat terbuka kerana hanya dibahagikan kepada tiga jurusan umum ini.
Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah cuma RM 220 untuk jurusan Sains dan Teknikal dan RM 212 untuk jurusan Perakaunan. Yuran pengajian dan penginapan ditanggung oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Semasa belajar di kolej matrikulasi, para pelajarnya akan menerima elaun sebanyak RM 1,250 satu semestar.
Lulusan matrikulasi perlu memohon melalui UPU atau Universiti Sains Malaysia (USM) untuk mengikuti program peringkat ijazah. Mereka yang mempunyai keputusan cemerlang mempunyai peluang yang lebih cerah untuk memasuki program pengajian yang diminati. Mereka yang sederhana pula ada kemungkinan akan mendapat program pengajian yang tidak diminati atau biasa disebut ‘dilelong’.

Kelebihan masuk IPTA

Asasi IPTA
Program Asasi dikendalikan oleh universiti yang berkenaan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Program asasi terbahagi kepada beberapa jurusan yang khusus serta mengambil masa antara satu hingga dua tahun. Sukatan pelajaran program asasi lebih bersifat khusus kepada program pengajian peringkat ijazah yang dijuruskan untuk program asasi tersebut.
Umpamanya Universiti Malaya (UM) mempunyai 7 program asasi iaitu Asasi Sains Hayat, Asasi Sains Fizikal, Asasi Alam Bina, Asasi Pendidikan Islam, Asasi Syariah, Asasi Usuluddin dan Asasi Pengajian Islam Dengan Sains. Manakala Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mempunyai 15 program asasi iaitu Asasi Sains Hayat, Asasi Sains Fizikal, Asasi Sains Kesihatan Bersekutu, Asasi Kejururawatan, Asasi Farmasi, Asasi Pergigian, Asasi Perubatan, Asasi Sains Kemanusian, Asasi Bahasa Inggeris, Asasi Bahasa Arab, Asasi Ekonomi dan Sains Pengurusan, Asasi Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar, Asasi Kejuruteraan dan Sains Komputer dan Asasi Undang-Undang.
Di samping itu universiti lain yang mempunyai program asasi adalah Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah bergantung kepada jurusan dan universiti yang berkenaan. Yuran pengajian dan penginapan perlu ditanggung sendiri oleh pelajar. Walaupun begitu para pelajar asasi akan ditawarkan pembiayaan wang saku sebanyak RM 1,000 satu semester, yuran pengajian sebanyak RM 350 satu semester dan yuran penginapan sebanyak RM 300 satu semester.
Lulusan program Asasi UM dan Asasi UiTM masih perlu memohon melalui UPU atau USM untuk mengikuti program peringkat ijazah tetapi mereka akan diberi keutamaan untuk memasuki ke universiti program asasi mereka. Manakala lulusan program asasi yang lain akan diserapkan terus ke program peringkat ijazah universiti berkenaan jika memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.
Diploma IPTA
Program Diploma pula diurus dan dikendalikan sendiri oleh pihak universiti. Program peringkat diploma ini biasanya akan mengambil masa selama 3 tahun. Kursus di peringkat diploma ini daripada awal lagi telah dikhususkan kepada bidang-bidang tertentu. Ini bermakna apabila pelajar berkenaan mengikuti program pengajian diploma mereka telah boleh merancang masa depan kerjaya dengan lebih tepat.
Hampir semua IPTA ada menawarkan program pengajian peringkat diploma dan seterusnya program peringkat ijazah yang berkaitan.
Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah bergantung kepada jurusan dan universiti yang berkenaan. Yuran pengajian dan penginapan juga perlu ditanggung sendiri oleh pelajar. Para pelajar boleh memohon biasiswa atau pembiayaan yang lain seperti PTPTN untuk menampung kos pembelajaran.
Lulusan program diploma boleh terus bekerja jika mereka mahu atau menyambung pelajaran ke peringkat ijazah. Mereka perlu memohon melalui UPU atau USM untuk mengikuti program peringkat ijazah. Walaupun begitu ada juga universiti yang menyerap terus lulusan diploma mereka ke peringkat ijazah jika memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.
#Semoga berjaya :)

*artikel dipetik dari: http://www.nizarazu.com



Saturday 17 May 2014

selamat hari guru

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah sekali lagi diberi kesihatan yang baik untuk terus menghidupkan blog ini.
Semalam merupakan hari untuk menghargai jasa pendidik dalam menyumbang bakti kepada anak bangsa.

16 Mei tarikh keramat buat warga guru di seluruh Malaysia khususnya.
Belum terlewat bagi warga UBK SKOMAS untuk mengucapkan Selamat Hari Guru 2014 kepada semua guru secara langsung atau tidak langsung kerana terus menabur budi kepada anak-anak di negara ini.




Siapapun kita , jika tiada guru yang sudi mengajar dan mendidik seseorang, kita bukan siapa-siapa.
Selamat Hari Guru.
Semoga Allah memberkati kita semua.
Ameen.


Thursday 15 May 2014

semakan ke POLITEKNIK untuk lepasan SPM 2013.

Semakan UPU Ke Politeknik Konvensional/METrO & ILKA boleh disemak di laman web Kementerian Pendidikan Malaysia. Menurut laman web Kementerian Pendidikan Malaysia, semakan keputusan ke Politeknik Konvensional/METrO , Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bagi lepasan SPM/Setaraf dan SKM/setaraf ambilan 2014/2015 boleh disemak pada ketetapan berikut :

Sumber: Semakan Politeknik 2014/2015 online sesi Jun 2014 | arieon.my


Tarikh Semakan Politeknik Konvensional/METrO,Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam Dibuka 16 Mei 2014 bermula jam 12 tengah hari Tarikh Semakan Politeknik Konvensional/METrO,Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam Ditutup 15 Jun 2014 11.59 malam SALURAN 1 : https://online.moe.gov.my/upu/hebahan/index.php SALURAN 2 : https://jpt.utm.my/ SALURAN 3 : http://jpt.uum.edu.my/ SALURAN 4 : https://jpt.unimas.my/hebahanKeputusan/indexspm.jsp Semakan SMS Politeknik Konvensional/METrO,Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam Taipkan UPU POLIILKA NOKP SMS ke 15888 Contoh SMS UPU POLIILKA 960527031543

Sumber: Semakan Politeknik 2014/2015 online sesi Jun 2014 | arieon.my

Wednesday 14 May 2014

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PRS SMK KOTA MASAI 2014

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, buat julung-julung kalinya UBK SKOMAS telah berjaya memilih dan melantik 20 orang PRS yang berdedikasi serta memenuhi kriteria yang diperlukan.

Sebelum dilantik, calon PRS telah ditemuduga, menjalani ujian personaliti serta telah menunjukkan sikap kendiri diri yang baik.

jadi dengan itu, tanggal 16 MAC 2014 merupakan hari yang penuh bersejarah kerana pihak UBK berjaya mengadakan MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PRS bagi tahun 2014.


TAHNIAH diucapkan kepada 20 orang PRS SMK KOTA MASAI!!





Sunday 4 May 2014

Tanda-tanda orang yang berbahagia.



Assalamualaikum.

Semua manusia memang mencari kebahagiaan di dunia mahupun kebahagian di akhirat.
Setiap individu manusia menginginkan berasa bahagia dan gembira.
Tidak ada manusia yang mahu hidupnya berada dalam kesedihan, murung dan tidak tenang.

Untuk itu, saya ada selitkan sedikit tanda-tanda orang yang berbahagia.
Adakah anda tergolong dalam orang yang bahagia??

:)





Sunday 23 March 2014

KEPUTUSAN SPM SKOMAS 2013


ASSALAMUALAIKUM. 
BERSYUKUR KEPADA ALLAH  DAN TERIMA KASIH  KEPADA SEMUA
GURU, KAKITANGAN SEKOLAH, AJK PIBG, PARA IBU BAPA,
 PEKERJA-PEKERJA SWASTA DAN PARA PELAJAR KERANA TELAH
MEMBANTU MENINGKATKAN PRESTASI PENCAPAIAN SPM 2013
TAHNIAH SEMUA !




Saturday 15 March 2014

tarikh pengumuman spm 2013

Assalamualaikum.
Salam 1 Malaysia.

Tarikh rasmi keputusan SPM 2013 diumumkan keluar dan semakan guna SMS. Menerusi maklumat awal yang diterima, semakan keputusan SPM 2013 akan diumumkan pada 20 Mac 2014. Semua calon SPM 2013 boleh mendapatkan keputusan daripada sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi pada hari berkenaan.

Tarikh Rasmi Keputusan SPM 2013 Diumumkan Keluar

Keputusan SPM 2013 akan diumumkan keluar pada 20 Mac 2014. Tarikh rasmi itu telah diumumkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Semakan Keputusan SPM 2013 Guna SMS


Kronologi Tarikh Pengumuman Keputusan SPM
  • Tarikh Keputusan SPM 2010: 23 Mac 2011
  • Tarikh Keputusan SPM 2011: 21 Mac 2012
  • Tarikh Keputusan SPM 2012: 21 Mac 2013
  • Tarikh Keputusan SPM 201320 Mac 2014

MENTOR MENTEE GURU PENYAYANG 2014

Assalamualaikum..

Pada 13 Mac 2014 (KHAMIS) telah dijalankan program Mentor Mentee Guru Penyayang 2014.

Modul yang dijalankan ialah "RAHSIA DI SEBALIK NAMAKU".






Monday 3 March 2014

MAJLIS PELANCARAN AYUH KE BINTANG & GURU PENYAYANG 2014

ASSALAMUALAIKUM...

16 Februari 2014 (AHAD) Unit Bimbingan & Kaunseling telah berjaya menganjurkan
MAJLIS PELANCARAN AYUH KE BINTANG & GURU PENYAYANG bagi tahun 2014.














program orientasi rayuan semula 2014

Assalamualaikum.

Pada 5 Februari 2014 - 9 Februari 2014 Unit Bimbingan & Kaunseling SKOMAS menganjurkan Program Orientasi Rayuan Semula khas untuk pelajar-pelajar rayuan semula.

Pelajar Rayuan Semula wajib menhadiri tiga hari orientasi Rayuan Semula bersama kaunselor.
Antara pengisian yang perlu dihadiri ialah :

- bicara Puan Pungetua
- bicara GPK HEM
- bicara Guru Disiplin
- Slot Kerohanian
- Khidmat Masyarakat.





taklimat daripada PUAN PENGETUA, PUAN HAJAH JAMIAAH BINTI KECHUT.


taklimat daripada GPK HEM, PUAN ZARINA BINTI SANADI


taklimat daripada GURU DISIPLIN, EN. ROSNAIDI BIN MOHAMMAD



slot kerohanian.





Sunday 2 March 2014

Biasiswa Lepasan SPM/STPM

Assalamualaikum.

Di sini cikgu, sertakan beberapa link mengenai biasiswa-biasiswa yang boleh pelajar-pelajar mohon mengikut kesesuaian bidang dan syarat yang ditetapkan.

Ada di antara biasiswa ini eksklusif dan terhad kepada calon yang layak dan menepati syarat.

Namun tidak salah untuk pelajar SKOMAS mencuba dan usaha yang terbaik.

http://www.malaysiascholarships.my

http://mybiasiswa.com

http://scholarshipmalaysia.blogspot.com

http://www.pendidikanmalaysia.com


"di mana ada kemahuan, di siti ada jalan"


SELAMAT DATANG 2014.

ASSALAMUALAIKUM.

TAHUN BARU.
AZAM BARU.
SEMANGAT BARU.

BUANG YANG TAK ELOK.
SIMPAN YANG MOLEK.
JADIKAN PENGAJARAN.
JADIKAN SEMPADAN.

INSYAALLAH PASTI AKAN BERJAYA.