Saturday 23 May 2015

RESUME : PANDUAN MENULIS RESUME YANG BAIK


Semoga anda boleh mengambil sedikit masa untuk fokus kepada cara dan panduan menulis sesebuah resume. Tak rugi kerana ia boleh menambahkan pengetahuan anda dalam menghasilkan resume yang hebat.

1. Pengenalan

► Kempen mencari pekerjaan biasanya meliputi 3 peringkat iaitu peringkat sebelum temuduga, semasa temuduga & selepas temuduga.

► Menulis Resume atau Latar Diri merupakan tindakan awal yang penting bagi calon-calon sebelum ditemuduga.

► Ianya merupakan satu dokumen penting yang digunakan olah majikan bagi menolong memudahkan proses mengenalpasti pemilihan calon untuk ditemuduga.

2. Apa itu Resume?

► Satu dokumen rasmi yang peribadi mengenai diri anda untuk pertimbangan sesuatu jawatan.

► Satu dokumen iklan diri (bukan untuk tatapan umum) yang ditulis secara teratur bagi tujuan pertimbangan untuk sesuatu jawatan atau peluang kerjaya.

► Satu dokumen yang mengemukakan pencapaian serta prestasi diri.

► Satu dokumen yang boleh memperkenalkan serta menghubungkan anda sebagai pemohon dengan bakal majikan.

► Suatu alat pengukuran serta penilaian diri yang boleh mencerminkan sikap kreativiti serta persepsi anda terhadap kerjaya hidup & potensi diri.

3. Panduan Persediaan Sebelum Menulis Resume

► Para pelajar perlu merancang menyiapkan resume mereka pada atau sebelum tahun akhir pengajian.

► Seterusnya anda boleh mula mencatatkan maklumat-maklumat yang penting dan sesuai untuk diketahui oleh majikan.  Catat, senaraikan dan lihat kepentingan, kesesuaian serta keutamaannya.

Contoh :

  1. Nama dan maklumat peribadi.
  2. Alamat surat menyurat.
  3. Latar belakang pendidikan (menengah ke atas).
  4. Pencapaian dalam pendidikan.
  5. Penglibatan dalam kokurikulum.
  6. Anugerah serta kejayaan tertentu.
  7. Pengalaman / latihan praktik (jika ada)
  8. Kemahiran serta bakat tertentu
► Seterusnya pilihlah rupa bentuk serta jenis resume yang difikirkan sesuai untuk memenuhi keperluan anda.

► Akhir sekali tulislah resume anda supaya hasilnya memuaskan pada anda serta menarik perhatian majikan.

► Hasil terakhir Resume mestilah dicetak di atas kertas yang sesuai dan bermutu (A4 – 80 gram).



4. Komponen-komponen Penting dalam Resume

► Komponen-komponen berikut biasanya dimasukkan ke dalam resume :

  1. Nama penuh (mengikut kad pengenalan)
  2. Gambar terbaru (saiz passport)
  3. Butir-butir peribadi (tarikh & tempat lahir, taraf perkahwinan)
  4. Alamat surat menyurat (termasuk poskad)
  5. Alamat tetap (jika lain dari no. 4)
  6. Objektif pekerjaan (sekiranya sudah pasti dan mesti sesuai dengan jawatan yang dipohon).
  7. Latar belakang pendidikan (tinggalkan pendidikan rendah, kelayakan tertinggi lebih diutamakan).
  8. Pengalaman kerja (termasuk kerja sementara & latihan amali).
  9. Aktiviti kokurikulum dan persatuan.
  10. Keahlian dalam badan-badan ikhtisas (jika ada) serta taraf keahlian.
  11. Penglibatan masyarakat / komuniti.
  12. Penerbitan (jika ada).
  13. Taraf serta kemahiran berbagai bahasa.
  14. Kemahiran lain (menaip, komputer).
  15. Lesen memandu (taraf / gred).
  16. Minat & kegemaran (mendaki, berenang, melukis).
  17. Rujukan 2 orang yang kenal anda (bukan saudara mara).

5. Jenis-jenis Resume

Latar Diri Asas

► Jenis resume yang paling asas yang biasa disediakan oleh mereka yang pertama kali menceburi kerja buat pertama kali
► Sesuai untuk yang mempunyai pengalaman kerja yang terhad

Latar Diri Mengikut Kronologi

► Maklumat-maklumat disenaraikan mengikut kronologi
► Misalnya jawatan terkini disenaraikan di atas sekali
► Mencerminkan perkembangan serta kemajuan kerjaya seseorang
► Mesuai untuk mereka yang mempunyai berbagai pengalaman bekerja dalam tempoh tertentu.

Latar Diri Fungsian

► Menonjolkan kemahiran dalam fungsi-fungsi tertentu misalnya pengrusan dan pemasaran tanpa menitikberatkan kronologi
► Sangat menarik minat majikan sekiranya sesuai dengan jawatan yang diiklankan.

Latar Diri Sasaran

► Digunakan oleh mereka yang yakin tentang sasaran atau bidang kerjayanya misalnya bidang pengurusan


6. Bahasa Resume

► Menggunakan gaya bahasa yang baik boleh mencerminkan kebolehan serta kreativiti anda dari segi tahap kemahiran penulisan serta pertuturan.

► Resume hendaklah menarik, teratur serta menggunakan gaya bahasa serta ungkapan-ungkapan yang sesuai, ringkas, mudah tetapi jelas dan lengkap maksudnya.

7. Kelemahan Resume

► Terlalu panjang dan terperinci

► Terlalu ringkas dan kurang padat misalnya hanya menyenaraikan komponen-

► Komponen resume tanpa disokong dengan maklumat yang mantap

► Resume tidak diubahsuai untuk memenuhi keperluan jawatan yang diiklankan

► Salah ejaan serta mutu menaip yang kurang baik

► Maklumat diberi kurang lengkap

► Hormat kurang kemas dan tidak ditaip

► Lemah tatabahasa / gaya bahasa

► Menggunakan Bahasa Malaysia sistem ejaan lama

9. Surat Iringan (Cover Letter)

► Resume yang dihantar kepada majikan mesti diiringi dengan surat iringan (cover letter).
► Surat iringan mempunyai 3 bahagian utama iaitu permulaan, pertengahan & penutup.

► Bahagian permulaaan : memperkenalkan diri dan jelaskan mengapa anda menulis kepada mereka.

► Bahagian pertengahan : ceritakan mengenai kelayakan, pengalaman dan kemahiran anda (pastikan ianya bersesuaian dengan organisasi berkenaan)
► Bahagian penutup : tekankan minat anda untuk bekerja dengan syarikat tersebut dan nyatakan dengan lengkap alamat surat-menyurat dan nombor telefon anda.


SEMOGA DAPAT MEMBERI MANFAAT KEPADA ANAK-ANAK SKOMAS.


Saturday 16 May 2015

SELAMAT HARI GURU 2015.



SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA GURU-GURU DI MALAYSIA.
SEMOGA SEGALA JASA DAN PENGORBANAN GURU DIREDHAI OLEH ALLAH SWT.


Wednesday 15 April 2015

SEMAKAN TAWARAN KEMASUKAN KE TINGKATAN 6 SESI 2015/2016



Assalamualaikum.
Salam Muafakat Johor. 

Semakan keputusan tawaran ke Tingkatan Enam / Form 6 sesi 2015/2016 

Sekolah Menengah Bantuan Penuh Kerajaan boleh dibuat mulai jam 12.01 pagi 15 April 2015 sehingga 11.59 malam 5 Jun 2015 jam secara online dan SMS.


Semak Tawaran Tingkatan 6 Secara Online

Semakan tawaran kemasukan secara online boleh dibuat melalui portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), di laman aplikasi semakan di pautan berikut:

(akan diaktifkan bermula 15 April 2015)


Semak Tawaran Tingkatan 6 Melalui SMS

Perkhidmatan mySMS untuk semakan status tawaran tingkatan 6 akan diaktifkan bermula 12:01 pagi 15 April dan berakhir pada 11:59 malam 5 Jun  2015.

Berikut adalah cara membuat semakan tawaran tingkatan enam melalui SMS:
  1. Taipkan:
    MOE<jarak>T6<jarak>[No KP atau Angka Giliran]
    Contoh: MOE  T6  970325035243
  2. Hantarkan SMS ke 15888

Bagi calon yang berjaya dan bersetuju dengan tawaran, surat tawaran mesti dicetak segera dan dibawa semasa hari pendaftaran di sekolah, pada 5 Mei 2015.


Rayuan Form 6 Kemasukan Tahun 2015

Calon yang tidak berjaya boleh membuat rayuan (secara online) melalui laman web yang sama.


Friday 3 April 2015

Kuiz Bulan Anti Dadah 2015

Assalamualaikum.
Salam Sejahtera.
Salam Muafakat Johor.

Pada Khamis, 2 April 2015, Rakan Anti Dadah SKOMAS (RADAS) telah berjaya mengadakan kuiz bersempena Bulan Anti-Dadah.

Ceramah disampaikan oleh Adik Izzuani dan dibantu dengan rakan-rakan yang lain berjaya mencuri perhatian para pelajar.
Soalan-soalan yang diajukan mendapat perhatian ramai lebih-lebih lagi dengan hadiah yang disediakan.








Saturday 28 March 2015

HARI KEUSAHAWANAN SKOMAS 2015

ASSALAMUALAIKUM.
SALAM SEJAHTERA.
SALAM MUAFAKAT JOHOR.

mari sama-sama memeriahkan 
HARI KEUSAHAWANAN SMK KOTA MASAI.
yang akan diadakan pada :

TARIKH          : 25 APRIL 2015
HARI               : SABTU
TEMPAT         : SMK KOTA MASAI

Pelbagai aktiviti menarik yang akan disediakan. 
Antaranya :

- Rumah Misteri Hantu
- Gerai-gerai jualan dari Kelab & Persatuan
- Pertandingan Mewarna
- Demo Mencanting Batik
- Hafiz the Wizard
- Zoo Mini
- Pameran Kerjaya

dan macam-macam lagi.

Setiap pelajar wajib membeli kupon sebanyak RM5.00 untuk sama-sama menjayakan HARI KEUSAHAWANAN bagi tahun ini. 

hadiah misteri menanti pada pelajar yang 
-membeli kupon tertinggi

hadiah misteri menanti pada kelas yang 
-membeli kupon tertinggi 

mari datang ramai-ramai k.. 

SKOMAS PENERAJU GEMILANG. 





Friday 6 March 2015

MAJLIS PELANCARAN BULAN PPDA TAHUN 2015

Assalamualaikum.
Salam Sejahtera.
Salam Muafakat Johor.

Alhamdulillah, dengan kerjasama UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING SKOMAS serta jawatankuasa Pendidikan & Pencegahan Dadah serta penglibatan RAKAN ANTI DADAH SKOMAS majlis pelancaran ini dapat dijayakan dengan baik.

Majlis bermula dengan bacaan pertusan oleh Puan Zarina Binti Sanadi, GPK Hal Ehwal Murid SMK Kota Masai.

Disusuli dengan ucapan perasmian oleh Bonda Pengetua SMK KOTA MASAI. dan seterusnya gimik pelancaran.

Bacaan ikrar pula dibaca oleh Ketua Rakan ANTI DADAH SKOMAS, Mohd Syafiq Afizhi dan seterusnya nyanyian lagu Bebas Dadas oleh Pasukan Koir SKOMAS.






Sunday 8 February 2015

PERMOHONAN PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN 2015.


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP).

1.KETERANGAN PROGRAM   

1.1 Nama Program: Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP)
1.1.1 Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.
1.1.2 Calon dikehendaki mengikuti PPISMP selama dua belas (12) bulan/dua (2) semester di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
1.1.3 Calon yang LULUS Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan DITAWARKAN mengikuti pengajian Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)selama empat (4) tahun/lapan (8) semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
1.1.4 PPISMP dan PISMP dijalankan menggunakan Mod Sepenuh Masa.




Thursday 22 January 2015

PENGAMBILAN CIDB.

Akademi Binaan Malaysia Wilayah Timur
(CIDB)
Pengambilan Januari 2015

Senarai kursus :
Gas Pipe Fitting - 3 bulan
Gas Pipe Insulation - 3 bulan
Plumbing - 3 bulan
Building Operation & Maintenance - 3 bulan
Scaffolding - 2 bulan
Air-Conditoning - 4 bulan
Wireman PW2 - 2 tahun
Wireman Nil PW4 - 2 tahun
Chargeman - 3 tahun
Welding SMAW - 2 minggu
Blasting & Painting - 5 minggu
** Plant Operation :
Backhoe Loader - 2 bulan
Hydraulic Excavator - 2 bulan
Mobile Crane - 2 bulan
Drafting Level 1 - 6 bulan
Drafting Level 2 - 6 bulan

Syarat kemasukan :
→Memiliki SPM
→Berumur 18 - 35 tahun
→Warganegara Malaysia
→Boleh Membaca, Menulis & Mengira
** Plant Operation
→Berumur 21 - 35 tahun
→Memiliki lesen memandu kelas D

▪Yuran kursus ditanggung sepenuhnya oleh CIDB Malaysia
▪Asrama disediakan
▪Makan & minum 5x sehari
▪Pakaian bengkel disediakan
▪Elaun saku

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Pn. Rozlina di talian 096818327/28, 0139219608 @ berminat sms/whatapps/telegram nama penuh, alamat, no k/p, no h/fon dan kursus.

Wednesday 14 January 2015

PELUANG untuk anak-anak SKOMAS lepasan PT3.

Assalamualaikum.
Salam Muafakat JOHOR.

Peluang terbuka untuk anak-anak SKOMAS lepasan PT3.

Untuk sebarang makluman, boleh datang ke Bilik Kaunseling.

Jangan lepaskan peluang.
Usaha selagi boleh.


Friday 9 January 2015

PENGUMUMAN utk lepasan SPM 2014.

Assalamuaikum....

Makluman kpd para pelajar SPM 2014
Sumber drp ipta ttg Permohonan
Kemasukan ke IPTA 2015/2016
√ 18 Jan 2015 - Iklan Permohonan Dlm Akhbar Tempatan
√ 19 Jan 2015 - Pembelian No Pin & Permohonan Kemasukan
√ 6 April 2015 - Tarikh tutup permohonan
tlg forward kpd kwn2 kita yg lepasan spm 2014..
[23:29, 29/12/2014] K ngah: Untuk matrikulasi dan asasi

Permohonan online upu ( upu.mohe.gov.my )

• FASA 1: 19/1/2015 - 6/4/2015
• FASA 2: 3/6/2015 - 9/6/2015
• Semakan minggu temuduga: 21/5/2015 - 6/62015
• Hebahan keputusan: 11/8/2015
• Pendaftaran: 1/9/2015

Cara isi borang online upu:
Bilangan program ade 12. Wajib isi 4.

1. Untuk program yg ade temuduga:
- Bgi research university (ru), isi pilihan 1-2.
- Bagi ipta biase, isi pilihan 5-6.

2. Bgi program yg x ade temuduga:
- RU pilihan no 1-4
- Ipta 5-6

Boleh kemaskini tiga kali termsuk yg fasa 2. Sila pastikan ade lagi peluang utk kemaskini semasa FASA 2 sbb mse tu kite buleh ikut kesesuaian result kite.

**Jgn isi pngk dan kaum semasa isi borang online. Sbb bende tu dah selaras sendiri dgn jpn. Hrp mklum.
[23:32, 29/12/2014] K ngah: Kepada cousin2 or nephew nieces (?) yg.br lepasan SPM
Repost:

Buat anak2  atau ahli keluarga sekiranya berminat.

Senarai biasiswa lepasan SPM

Biasiswa Tun Rahah
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/2013/08/mas cter-degree-scholarship-tun-rahah.html#axzz2wTejXdXf

PETRONAS Education Sponsorship (Degree) Programme 2014
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/2013/11/petronas-education-sponsorship.html#axzz2wTejXdXf

Uplands Sixth-Form International Education Scholarship 2014
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/2013/12/uplands-international-education.html#axzz2wTejXdXf

Kuok Foundation Scholarship for Malaysia Polytechnics 2014
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/2013/12/biasiswa-kuok-foundation-politeknik.html#axzz2wTejXdXf

MNRB Scholarship Fund 2014
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/2014/01/mnrb-scholarship-insurance-science.html#axzz2wTejXdXf

Yayasan Pelajaran MARA JAD-MJHEP Scholarship 2014/2019
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/2014/01/biasiswa-mara-luar-negara-ijazah.html#axzz2wTejXdXf

PETRONAS Education Sponsorship (Degree) Programme 2014
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/2013/11/petronas-education-sponsorship.html#axzz2wTejXdXf

SHELL Malaysia Scholarship (Undergraduate) 2014
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/2014/01/shell-scholarship-oversea-undergraduate.html#axzz2wTejXdXf

UC College of Engineering Malaysia Scholarships 2014
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/2013/12/engineering-malaysia-scholarships.html#axzz2wTejXdXf

Maybank Foundation Scholarship Award 2014
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/2014/02/biasiswa-maybank-scholarship-luar-negara.html#axzz2wTejXdXf

Securities Commission Malaysia (SC) Scholarship Award 2014
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/2014/03/biasiswa-sc-sekuriti-commission-malaysia.html#axzz2wTejXdXf

Astro Scholarship Award 2014
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/2014/03/biasiswa-astro-scholarship-undergraduate.html#axzz2wTejXdXf

Karangkraf Education Fund
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/2013/12/biasiswa-karangkraf-scholarship-swasta.html#axzz2wTejXdXf

KPM MyBrainSc Scholars
hip Scheme 2014
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/2014/01/kpt-mybrainsc-scholarship-scheme-2014.html#axzz2wTejXdXf

Khazanah Nasional
http://www.khazanah.com.my/scholarship2.htm

PNB
http://www.pnb.com.my/aset_m.php#edu_csr

Sime Darby
http://www.yayasansimedarby.com/1008230434%C2%BBMalaysia.aspx

Bank Negara Malaysia
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=en_misc&pg=en_career_scholar&ac=1097

Wednesday 7 January 2015

senarai biasiswa untuk pelajar lepasan SPM 2014.

Assalamuaikum....

Untuk makluman kpd para pelajar SPM 2014 ;
(Sumber drp ipta) Permohonan
Kemasukan ke IPTA 2015/2016 :-

√ 18 Jan 2015 - Iklan Permohonan Dlm Akhbar Tempatan
√ 19 Jan 2015 - Pembelian No Pin & Permohonan Kemasukan
√ 6 April 2015 - Tarikh tutup

Untuk matrikulasi dan asasi:-

Permohonan online upu ( upu.mohe.gov.my )

• FASA 1: 19/1/2015 - 6/4/2015
• FASA 2: 3/6/2015 - 9/6/2015
• Semakan minggu temuduga: 21/5/2015 - 6/62015
• Hebahan keputusan: 11/8/2015
• Pendaftaran: 1/9/2015

Cara isi borang online upu:-

Bilangan program ade 12. Wajib isi 4.

1. Untuk program yg ade temuduga:
- Bgi research university (ru), isi pilihan 1-2.
- Bagi ipta biase, isi pilihan 5-6.

2. Bgi program yg x ade temuduga:
- RU pilihan no 1-4
- Ipta 5-6

Boleh kemaskini tiga kali termsuk yg fasa 2. Sila pastikan ade lagi peluang utk kemaskini semasa FASA 2 sbb mse tu kite buleh ikut kesesuaian result kite.

**Jgn isi pngk dan kaum semasa isi borang online. Sbb bende tu dah selaras sendiri dgn jpn. Hrp mklum.

Senarai biasiswa lepasan SPM :-

Biasiswa Tun Rahah
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/2013/08/mas cter-degree-scholarship-tun-rahah.html#axzz2wTejXdXf

PETRONAS Education Sponsorship (Degree) Programme 2014
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/2013/11/petronas-education-sponsorship.html#axzz2wTejXdXf

Uplands Sixth-Form International Education Scholarship 2014
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/2013/12/uplands-international-education.html#axzz2wTejXdXf

Kuok Foundation Scholarship for Malaysia Polytechnics 2014
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/2013/12/biasiswa-kuok-foundation-politeknik.html#axzz2wTejXdXf

MNRB Scholarship Fund 2014
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/2014/01/mnrb-scholarship-insurance-science.html#axzz2wTejXdXf

Yayasan Pelajaran MARA JAD-MJHEP Scholarship 2014/2019
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/2014/01/biasiswa-mara-luar-negara-ijazah.html#axzz2wTejXdXf

PETRONAS Education Sponsorship (Degree) Programme 2014
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/2013/11/petron

Thursday 1 January 2015

Selamat Datang 2015.



Tahun 2015 akan mengiringi kita. 
Semoga Tahun 2015 menjadikan kita manusia yang lebih baik.
Semoga Tahun 2015 memberikan kita seribu satu kenangan yang lebih manis.

Buat anak-anak SKOMAS,
tetapkan azam baru.
usaha untuk capai.
dan paling penting tawakal dengan setiap ketentuan-NYA.