Karnival Pendidikan MARA 2013 bakal diadakan bermula pada tarikh 16 Januari ini dimana kali ini merupakan kali yang ke-14 dalam usaha pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyalurkan maklumat berkenaan peluang-peluang pendidikan dan perancangan kerjaya bagi pelajar dan juga graduan Universiti. Menurut mereka, anjuran kali ini mendapat kerjasam JobsMalaysia akan dilengkapkan dengan pameran kerjaya dan temuduga terbuka di Kuala Lumpur, Pahang, Sarawak, Kelantan dan Terengganu.
Antara aktiviti menarik yang bakal ditawarkan di Karnival Pendidikan MARA 2013 :
Bagi lepasan sekolah
- Pameran Institusi Pendidikan MARA (IPMa), Institusi Pendidikan Teknikal & VokasionalMARA ( TVET ), IPTA & IPTS tempatan dan luar negara
- Peluang penajaan dan pembiayaan pelajaran
- Yuran pengajian percuma di IPMa terpilih
- Elaun bulanan/pinjaman pendahuluan untuk calon yang layak
- Kaunseling pendidikan dan kerjaya
- Permohonan terus dan temuduga terbuka
- Semakan baki tunggakan pinjaman MARA
- Ujian personaliti
Bagi pencari kerja
- Pameran syarikat dan usahawan
- Peluang pekerjaan dan keusahawanan
- Peluang bertemu bakal majikan
- Temu duga kerja terbuka
- Ceramah Kerjaya
- Penulisan resume
- Tips menghadiri temu duga
- Grooming & etiquette
- Pendaftaran Pusat Sumber Kerjaya MARA
- Pendaftaran JobsMalaysia
- Ujian Personaliti
Jadual Karnival Pendidikan MARA 2013
TEMPAT | TARIKH |
---|---|
Dewan Merdeka & Dewan Tun Razak 4 – PWTC – KL | 16-17 Mac 2013 |
Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah – Kuantan | 23-24 Mac 2013 |
Plaza Angsana Johor Bahru | 30-31 Mac 2013 |
Dewan Masyarakat Tawau – Sabah | 2-3 April 2013 |
Dewan Pameran Permata – Kucing – Sarawak | 5-6 April 2013 |
Pasaraya Mydin – Jelapang – Ipoh – Perak | 13-14 April 2013 |
Stadium Sultan Muhammad Ke-IV – Kota Bharu | 17-18 April 2013 |
Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar – Tingkat 7 Menara MBAS – Kedah | 20-21 April 2013 |
Terengganu Trade Centre – Kuala Terengganu | 24-25 April 2013 |
Dewan Millenium – Kepala Batas – Pulau Pinang | 27-28 April 2013 |
No comments:
Post a Comment