Sunday, 17 March 2013

Program Warga Emas SKOMAS Part 1

Assalamualaikum.

Isnin, 18 Mac 2013 telah diadakan satu PROGRAM WARGA EMAS di peringkat sekolah. Program itu diadakan di Makmal Bahasa SKOMAS dan telah disampaikan oleh Cik NurFarizad.

Taklimat Warga Emas itu disampaikan kepada pelajar Tingkatan 3 K1, 3 K2, 3 K3, 3 P1 dan 3 P2.

Antara matlamat program tersebut ialah :

1. Memperkenalkan dan mempersiap para pelajar dengan golongan warga emas yang memerlukan bantuan serta perhatian.

2. Menyalurkan pengetahuan khusus kepada para pelajar tentang budaya hormat menghormati warga emas.

3. Meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar tentang pentingnya menghargai, menyayangi serta berbakti kepada warga emas.


Antara isi yang disampaikan.


Pelajar lelaki tekun mendengar taklimat.


Pelajar Perempuan.


Antara slot yang diadakan ialah soal jawab bersama pelajar.

Semoga apa yang disampaikan oleh kaunselor dapat tersemat di hati para pelajar dan kesedaran mereka terhadap golongan warga emas yang semakin dipinggirkan akan lebih ditingkatkan. 

Sekian, Terima Kasih.



Tuesday, 12 March 2013

ENROLMEN PELAJAR SESI PAGI

Assalamualaikum.

Rekod Data Pelajar Setakat 28 FEBRUARI 2013.



KAUM
MELAYU
CINA
INDIA
LAIN-LAIN
JANTINA
L
P
L
P
L
P
L
P
JUMLAH
717
745
61
53
31
53
24
23

JUMLAH KESELURUHAN : 1707 ORANG PELAJAR.

Monday, 11 March 2013

KARNIVAL PENDIDIKAN MARA 2013


Assalamualaikum.


Karnival Pendidikan MARA 2013 bakal diadakan bermula pada tarikh 16 Januari ini dimana kali ini merupakan kali yang ke-14 dalam usaha pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyalurkan maklumat berkenaan peluang-peluang pendidikan dan perancangan kerjaya bagi pelajar dan juga graduan Universiti. Menurut mereka, anjuran kali ini mendapat kerjasam JobsMalaysia akan dilengkapkan dengan pameran kerjaya dan temuduga terbuka di Kuala Lumpur, Pahang, Sarawak, Kelantan dan Terengganu.
Antara aktiviti menarik yang bakal ditawarkan di Karnival Pendidikan MARA 2013 :
Bagi lepasan sekolah
  • Pameran Institusi Pendidikan MARA (IPMa), Institusi Pendidikan Teknikal & VokasionalMARA ( TVET ), IPTA & IPTS tempatan dan luar negara
  • Peluang penajaan dan pembiayaan pelajaran
  • Yuran pengajian percuma di IPMa terpilih
  • Elaun bulanan/pinjaman pendahuluan untuk calon yang layak
  • Kaunseling pendidikan dan kerjaya
  • Permohonan terus dan temuduga terbuka
  • Semakan baki tunggakan pinjaman MARA
  • Ujian personaliti
Bagi pencari kerja
  • Pameran syarikat dan usahawan
  • Peluang pekerjaan dan keusahawanan
  • Peluang bertemu bakal majikan
  • Temu duga kerja terbuka
  • Ceramah Kerjaya
  • Penulisan resume
  • Tips menghadiri temu duga
  • Grooming & etiquette
  • Pendaftaran Pusat Sumber Kerjaya MARA
  • Pendaftaran JobsMalaysia
  • Ujian Personaliti
Jadual Karnival Pendidikan MARA 2013
TEMPATTARIKH
Dewan Merdeka & Dewan Tun Razak 4 – PWTC – KL16-17 Mac 2013
Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah – Kuantan23-24 Mac 2013
Plaza Angsana Johor Bahru30-31 Mac 2013
Dewan Masyarakat Tawau – Sabah2-3 April 2013
Dewan Pameran Permata – Kucing – Sarawak5-6 April 2013
Pasaraya Mydin – Jelapang – Ipoh – Perak13-14 April 2013
Stadium Sultan Muhammad Ke-IV – Kota Bharu17-18 April 2013
Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar – Tingkat 7 Menara MBAS – Kedah20-21 April 2013
Terengganu Trade Centre – Kuala Terengganu24-25 April 2013
Dewan Millenium – Kepala Batas – Pulau Pinang27-28 April 2013

Sekelumit rindu.

Assalamualaikum.

Beberapa bulan lepas, kami UBK SKOMAS menerima berita bahawa salah seorang dari kami akan dipindahkan ke sekolah lain.
Akhirnya, benar apa di duga Puan Radhiah yang akan memulakan tugas di sekolah baru iaitu di SMK GELANG PATAH.
Sayu dah sedih untuk terima. Namun atas dasar tanggungjawab dan profesionalisme kami relakan jua.

Dalam Kenangan.

Puan Radhiah Mohammad.




Monday, 4 March 2013

Makluman E-kehadiran ( Untuk Ketua Tingkatan)

Assalamualaikum.

Perhatian kepada KETUA TINGKATAN atau PENOLONG KETUA TINGKATAN.
Sila hantar jumlah kehadiran pelajar setiap hari di Bilik UBK SKOMAS.
Segala kerjasama didahulukan dengan ucapan TERIMA KASIH.
Tindakan akan diambil bagi mana-mana KETUA TINGKATAN yang tidak dapat bertindak sedemikian.

Terima Kasih.


Thursday, 14 February 2013

Rasa Tertekan??

Assalamualaikum.


APA ITU STRESS / TEKANAN??

Stress atau tekanan boleh menjadikan kehidupan seseorang itu tidak sihat. Ada kalanya boleh membuatkan seseorang itu GILA atau sakit mental. Mungkin anda baru dimarahi penyelia, mungkin kerja tidak menjadi, atau mungkin juga hubungan cinta dan keluarga anda sedang dilanda badai. Seharian memikirkannya hingga menjadikan hidup anda huru hara. Namun jalan penyelesaian tidak juga nampak tandanya. Siapa tak stress kalau dalam situasi begini? Bagi anda yang sedang mengalami stress yang melampau, tidak kiralah kerana kerja, cinta, keluarga atau orang sekeliling.
12 TIPS ELAKKAN STRESS / TEKANAN

1.Uruskan Masa Dengan Efektif

Urusan atau rutin harian memerlukan jadual atau rancangan. Pastikan anda mempunyai masa untuk diri sendiri dan masa untuk melakukan aktiviti yang dapat mengurangkan tekanan. Lakukan aktiviti yang paling penting terlebih dahulu.

2. Elakkan Mengambil Dadah atau Alkohol

Dadah atau alkohol hanya sekadar menghilangkan simptom tekanan dan apabila berhenti mengambilnya, stress pasti akan kembali.

3. Rehat Seketika

Ketika melakukan sesuatu kerja pastikan anda berhenti rehat seketika untuk meminimakan tekanan. Lakukan regangan, berjalan atau buat panggilan kepada rakan. Apabila kembali untuk menyambung kerja, pastikan anda dapat lakukan kerja itu dengan lebih efektif.

4. Kurangkan Gangguan

Ketika melakukan kerja yang penting, pastikan anda tidak diganggu. Contohnya matikan bunyi telefon, tutup pintu bilik atau pergi ke suatu tempat yang orang lain tidak dapat mencari anda.

5. Makan Makanan yang menyihatkan

Elakkan mengambil makanan yang tinggi lemak, gula dan sodium. Sekiranya bercadang untuk keluar sepanjang hari, pastikan anda mengambil dan makan makanan yang menyihatkan. Jika tidak, ia akan menyebabkan tahap tenaga menjadi rendah.

6. Lakukan Meditasi

Ia senaman yang bagus dan menyihatkan. Ini termasuklah bernafas dengan dalam-dalam yang dapat meningkatkan kerehatan pada otot-otot tubuh. Dan jangan lupa mengimaginasikan suasana yang menenangkan fikiran.

7. Berfikiran Positif dan Belajar Kawal Ketakutan

Elak dari menumpukan kepada perkara atau fikiran negatif. Sebaliknya fokus dan katakan kepada sesuatu yang positif mengenai diri setiap hari. Jangan buang masa dengan rasa bimbang mengenai sesuatu perkara yang tidak dapat ditukar atau dicapai.

8. Dapatkan Nasihat

Minta pertolongan, nasihat dan pandangan tidak bermakna anda lemah. Terdapat banyak sumber yang dapat membantu anda menyelesaikan stress. Jadi ambil peluang untuk menemui atau mendengar nasihat oleh pakar motivasi atau kaunselor.

9. Belajar Katakan 'TIDAK'

Jangan sesekali rasa bersalah untuk mengatakan tidak. Melakukan dan menambah projek atau kerja lain ketika sibuk akan menyebabkan anda bertambah tertekan. Berbincanglah dengan penyelia anda jika menghadapi masalah berkaitan kerja.

10. Dapatkan Tidur yang Cukup

Tidurlah sekurang-kurangnya 6 - 8 jam sehari. Tetapi seseorang akan mengalami masalah tidur apabila mereka terlalu stress memikir dan menyiapkan kerja yang bertimbun.

11. Lakukan Senaman

Aktiviti fizikal adalah cara terbaik untuk menangani tekanan. Ia akan merembeskan endorphin dan memberikan kesegaran secara semulajadi.

12. Menarik Nafas Dalam-dalam

Teknik pengurusan tekanan paling mudah dan boleh dilakukan di mana-mana. Bernafas dengan cepat akan meningkatkan tindak balas tekanan. Bernafaslah dalam-dalam dan perlahan.




Monday, 7 January 2013

Tarikh-tarikh Penting Sesi Akademik 2013/2014

Untuk Makluman lebih terperinci boleh  kunjungi Bilik Bimbingan dan Kaunseling SMK KOTA MASAI.

Wednesday, 2 January 2013

Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1


Pada 31 Disember 2013, SMK KOTA MASAI telah berjaya menjalankan hari Pendaftaran untuk pelajar-pelajar Tingkatan 1 bagi tahun 2013.

Berbanyak ucapan terima kasih buat guru-guru dan staf sokongan yang telah bertungkus-lumus memastikan pergerakan majlis berjalan lancar.

Bagi Unit Bimbingan Kaunseling, kami juga turut membuka kaunter untuk memudahkan ibu bapa dan penjaga merujuk kes-kes kaunseling anak mereka serta menyediakan satu hubungan dua hala kepada ibu bapa dan penjaga untuk mendapatkan maklumat tentang Unit Bimbingan dan Kaunseling.

Seramai 725 pelajar dianggarkan mendaftar di sekolah SMK KOTA MASAI mengikut zon yang telah ditetapkan. Untuk tahun 2013, pelajar Tingkatan 1 termasuk pelajar KRK (Kelas Rancangan Khas) akan berada di sesi petang. Ini kerana ingin memudahkan urusan sesi pembelajaran PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah).
 
Secara keseluruhannya, majlis Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 berjalan dengan lancar dan baik. TAHNIAH diucapkan daripada Unit Bimbingan Kaunseling.

Tuesday, 1 January 2013

2013 satu tahun yang baru.



Selamat Menyambut Tahun baru, Tahun 2013 dengan penuh azam di hati.
Semoga tahun baru memberikan satu keazaman yang baik yang harus dicapai.
Semoga tahun baru memberikan satu kejayaan yang baik yang harus diusahakan.
Semoga tahun baru memberikan satu perubahan yang baik yang harus dilakukan.
Semoga semua baik-baik.
 
 
Diucapkan khas dari Unit Bimbingan & Kaunseling SMK KOTA MASAI.