Semoga anda boleh mengambil sedikit masa untuk fokus kepada cara dan panduan menulis sesebuah resume. Tak rugi kerana ia boleh menambahkan pengetahuan anda dalam menghasilkan resume yang hebat.
1. Pengenalan
► Kempen mencari pekerjaan biasanya meliputi 3 peringkat iaitu peringkat sebelum temuduga, semasa temuduga & selepas temuduga.
► Menulis Resume atau Latar Diri merupakan tindakan awal yang penting bagi calon-calon sebelum ditemuduga.
► Ianya merupakan satu dokumen penting yang digunakan olah majikan bagi menolong memudahkan proses mengenalpasti pemilihan calon untuk ditemuduga.

2. Apa itu Resume?
► Satu dokumen rasmi yang peribadi mengenai diri anda untuk pertimbangan sesuatu jawatan.
► Satu dokumen iklan diri (bukan untuk tatapan umum) yang ditulis secara teratur bagi tujuan pertimbangan untuk sesuatu jawatan atau peluang kerjaya.
► Satu dokumen yang mengemukakan pencapaian serta prestasi diri.
► Satu dokumen yang boleh memperkenalkan serta menghubungkan anda sebagai pemohon dengan bakal majikan.
► Suatu alat pengukuran serta penilaian diri yang boleh mencerminkan sikap kreativiti serta persepsi anda terhadap kerjaya hidup & potensi diri.
3. Panduan Persediaan Sebelum Menulis Resume
► Para pelajar perlu merancang menyiapkan resume mereka pada atau sebelum tahun akhir pengajian.
► Seterusnya anda boleh mula mencatatkan maklumat-maklumat yang penting dan sesuai untuk diketahui oleh majikan. Catat, senaraikan dan lihat kepentingan, kesesuaian serta keutamaannya.
Contoh :
► Akhir sekali tulislah resume anda supaya hasilnya memuaskan pada anda serta menarik perhatian majikan.
► Hasil terakhir Resume mestilah dicetak di atas kertas yang sesuai dan bermutu (A4 – 80 gram).
4. Komponen-komponen Penting dalam Resume
► Jenis resume yang paling asas yang biasa disediakan oleh mereka yang pertama kali menceburi kerja buat pertama kali
► Maklumat-maklumat disenaraikan mengikut kronologi
► Menonjolkan kemahiran dalam fungsi-fungsi tertentu misalnya pengrusan dan pemasaran tanpa menitikberatkan kronologi
► Digunakan oleh mereka yang yakin tentang sasaran atau bidang kerjayanya misalnya bidang pengurusan
► Resume hendaklah menarik, teratur serta menggunakan gaya bahasa serta ungkapan-ungkapan yang sesuai, ringkas, mudah tetapi jelas dan lengkap maksudnya.
► Terlalu ringkas dan kurang padat misalnya hanya menyenaraikan komponen-
► Komponen resume tanpa disokong dengan maklumat yang mantap
► Resume tidak diubahsuai untuk memenuhi keperluan jawatan yang diiklankan
► Salah ejaan serta mutu menaip yang kurang baik
► Maklumat diberi kurang lengkap
► Hormat kurang kemas dan tidak ditaip
► Lemah tatabahasa / gaya bahasa
► Menggunakan Bahasa Malaysia sistem ejaan lama
► Bahagian permulaaan : memperkenalkan diri dan jelaskan mengapa anda menulis kepada mereka.
► Bahagian pertengahan : ceritakan mengenai kelayakan, pengalaman dan kemahiran anda (pastikan ianya bersesuaian dengan organisasi berkenaan)
- Nama dan maklumat peribadi.
- Alamat surat menyurat.
- Latar belakang pendidikan (menengah ke atas).
- Pencapaian dalam pendidikan.
- Penglibatan dalam kokurikulum.
- Anugerah serta kejayaan tertentu.
- Pengalaman / latihan praktik (jika ada)
- Kemahiran serta bakat tertentu
► Seterusnya pilihlah rupa bentuk serta jenis resume yang difikirkan sesuai untuk memenuhi keperluan anda.
► Akhir sekali tulislah resume anda supaya hasilnya memuaskan pada anda serta menarik perhatian majikan.
► Hasil terakhir Resume mestilah dicetak di atas kertas yang sesuai dan bermutu (A4 – 80 gram).
4. Komponen-komponen Penting dalam Resume
► Komponen-komponen berikut biasanya dimasukkan ke dalam resume :
- Nama penuh (mengikut kad pengenalan)
- Gambar terbaru (saiz passport)
- Butir-butir peribadi (tarikh & tempat lahir, taraf perkahwinan)
- Alamat surat menyurat (termasuk poskad)
- Alamat tetap (jika lain dari no. 4)
- Objektif pekerjaan (sekiranya sudah pasti dan mesti sesuai dengan jawatan yang dipohon).
- Latar belakang pendidikan (tinggalkan pendidikan rendah, kelayakan tertinggi lebih diutamakan).
- Pengalaman kerja (termasuk kerja sementara & latihan amali).
- Aktiviti kokurikulum dan persatuan.
- Keahlian dalam badan-badan ikhtisas (jika ada) serta taraf keahlian.
- Penglibatan masyarakat / komuniti.
- Penerbitan (jika ada).
- Taraf serta kemahiran berbagai bahasa.
- Kemahiran lain (menaip, komputer).
- Lesen memandu (taraf / gred).
- Minat & kegemaran (mendaki, berenang, melukis).
- Rujukan 2 orang yang kenal anda (bukan saudara mara).
5. Jenis-jenis Resume
Latar Diri Asas
► Jenis resume yang paling asas yang biasa disediakan oleh mereka yang pertama kali menceburi kerja buat pertama kali
► Sesuai untuk yang mempunyai pengalaman kerja yang terhad
Latar Diri Mengikut Kronologi
► Maklumat-maklumat disenaraikan mengikut kronologi
► Misalnya jawatan terkini disenaraikan di atas sekali
► Mencerminkan perkembangan serta kemajuan kerjaya seseorang
► Mesuai untuk mereka yang mempunyai berbagai pengalaman bekerja dalam tempoh tertentu.
Latar Diri Fungsian
► Menonjolkan kemahiran dalam fungsi-fungsi tertentu misalnya pengrusan dan pemasaran tanpa menitikberatkan kronologi
► Sangat menarik minat majikan sekiranya sesuai dengan jawatan yang diiklankan.
Latar Diri Sasaran
► Digunakan oleh mereka yang yakin tentang sasaran atau bidang kerjayanya misalnya bidang pengurusan
6. Bahasa Resume
► Menggunakan gaya bahasa yang baik boleh mencerminkan kebolehan serta kreativiti anda dari segi tahap kemahiran penulisan serta pertuturan.
► Resume hendaklah menarik, teratur serta menggunakan gaya bahasa serta ungkapan-ungkapan yang sesuai, ringkas, mudah tetapi jelas dan lengkap maksudnya.
7. Kelemahan Resume
► Terlalu panjang dan terperinci
► Terlalu ringkas dan kurang padat misalnya hanya menyenaraikan komponen-
► Komponen resume tanpa disokong dengan maklumat yang mantap
► Resume tidak diubahsuai untuk memenuhi keperluan jawatan yang diiklankan
► Salah ejaan serta mutu menaip yang kurang baik
► Maklumat diberi kurang lengkap
► Hormat kurang kemas dan tidak ditaip
► Lemah tatabahasa / gaya bahasa
► Menggunakan Bahasa Malaysia sistem ejaan lama
9. Surat Iringan (Cover Letter)
► Resume yang dihantar kepada majikan mesti diiringi dengan surat iringan (cover letter).
► Surat iringan mempunyai 3 bahagian utama iaitu permulaan, pertengahan & penutup.
► Bahagian permulaaan : memperkenalkan diri dan jelaskan mengapa anda menulis kepada mereka.
► Bahagian pertengahan : ceritakan mengenai kelayakan, pengalaman dan kemahiran anda (pastikan ianya bersesuaian dengan organisasi berkenaan)
► Bahagian penutup : tekankan minat anda untuk bekerja dengan syarikat tersebut dan nyatakan dengan lengkap alamat surat-menyurat dan nombor telefon anda.
SEMOGA DAPAT MEMBERI MANFAAT KEPADA ANAK-ANAK SKOMAS.